SMKBT2's Fan Box

SMKBT2 on Facebook

Khamis, Mac 18, 2010

berhasil dengan baik, menurut Prof Dr
Haryono Suyono, adalah pemimpin yang
mau mendengar dari siapapun termasuk
dari bawahannya sendiri.
Mungkin ada timbul pertanyaan, bahwa
akan banyak pengikut yang tidak
mempunyai keberanian untuk
menyampaikan aspirasinya, tetapi setiap
pemimpin dapat memberitahukan kepada
para pengikut organisasi atau perusahaan
mengenai posisi sementara dalam upayaupaya
dan alasan menjalankan suatu
rencana yang sedang dibangun. Bawahan
atau pengikut perlu mendapatkan
pengertian yang mendalam tentang apa
yang dimaksudkan oleh pemimpinnya. Di
sinilah perlunya membangun budaya dalam
membangun orang lain.
Sebenarnya Kepemimpinan itu bukanlah
semata-mata adalah seseorang yang
memiliki jabatan struktural dalam
pemerintahan atau posisi tertentu dalam
perusahaan atau organisasi saja, melainkan
Kepemimpinan lebih mengacu kepada
fungsi dan tugas yang dimiliki seseorang,
bukan hanya sekadar seseorang yang berada
di posisi atas. Kita mengetahui bahwa saat
ini telah banyak konsep-konsep yang
menawarkan tentang format definisi dan
pendekatan terhadap kepemimpinan,
namun semua teori kepemimpinan itu baik
dalam hal definisi maupun penjelasannya
biasanya memiliki nilai-nilai dan arti sendirisendiri.
Seorang pemimpin tidak akan berhasil
membangun pengikutnya jika tidak berhasil
melihat suatu masalah yang sedang
dihadapi, karena adanya perubahan itu
berawal dari suatu kepekaan atau kesadaran
dari masing-masing yang dipengaruhi oleh
lingkungan maupun perkembangan yang
sedang bergulir.
Komunikasi dan Hubungan
Memimpin suatu lembaga besar tidak
bisa dilakukan hanya dengan menyelesaikan
masalah internal saja, yang sebenarnya
masalah internal itu pun bebannya sudah
terlalu besar, namun jika tidak segera
dibenahi dan diselesaikan secara sistematis
dengan mendasarkan pada praktik
manajemen yang baik, sudah barang tentu
pemimpin itu akan mengalami kegagalan.
Faktor komunikasi dan hubungan dengan
instansi dan lembaga lain ini merupakan
persyaratan yang mesti dilakukan dan
dikembangkan secara hati-hati,
aktif dan profesional, sehingga
akan membawa hasil yang
sangat menggembirakan, baik
bagi organisasinya maupun
bagi pemimpinnya. Jadi
profesionalisme dalam
memimpin lembaga besar itu
sangat diperlukan, dan ini juga
sangat menentukan suksesnya
suatu lembaga yang
dipimpinnya, demikian
dikatakan mantan Kepala
Badan Pusat Statistik (BPS)
Sugito Suwito, dalam bukunya
berjudul Nostalgia Memimpin
BPS.
Bila seseorang berada pada posisi
puncak, dan mereka ini ingin tetap
mempunyai pengaruh yang langgeng, maka
akan lebih baik mereka tetap memelihara
hubungan baik dengan orang-orang dekat
yang ada di sekitarnya. Dengan saling
menghormati, ini akan menimbulkan
adanya suatu kepercayaan yang bersinergi,
saling ketergantungan dan akhirnya saling
menghargai. Biasanya pemimpin yang
langgeng dan tetap dihormati dan dihargai
adalah memimpin yang mempunyai sikap
rendah hati dan mau mendengar
sehubungan dengan kepemimpinannya. Ini
juga bisa dianggap melampaui usianya, dan
orang-orang seperti ini akan langgeng dan
tetap dikenang, meskipun telah tiada.
Pemimpin yang berhasil seperti pepatah
lama yang tidak mudah untuk dilupakan
yaitu, gajah mati meninggalkan gading,
harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan budi baik.
Nah, jika Anda kebetulan dipercaya
sebagai seorang pemimpin, jangan merasa
diri sebagai ”Bos” tetapi akan lebih baik bila
Anda mau mendengar orang lain
sehubungan dengan apa yang akan dan
hendak Anda lakukan. Kalau perlu jangan
segan-segan untuk bertanya dan minta
pendapat dari orang lain, walau itu adalah
bawahan Anda sendiri. Percayalah
kredibilitas Anda tidak akan turun, bila
Anda mau mendengar dan bertanya, dan ini
justru akan menaikkan kredibilitas Anda
sendiri dan Anda akan mendapatkan
simpati yang luar biasa dari bawahan atau
orang-orang di sekeliling Anda. Mulyono
Daniprawiro, kandidat doktor Universitas
Satyagama, Jakarta

Isnin, Mac 08, 2010

Cerita...

Pada suatu hari, Anisa telah pergi ke kebun bapanya. Dalam perjalanan, dia telah terserempak dengan beberapa orang budak yang sedang bergaduh. Lalu, dia pergi ke tempat kejadian untuk bertanya kepada mereka apa yang menyebabkan mereka bergaduh. Rupa-rupanya, mereka bergaduh hanya disebabkan salah faham. Anisa cuba menenangkan mereka. Dia menasihati budak-budak itu agar tidak bergaduh lagi dan tidak berselisih faham. Mereka meminta maaf antara satu sama lain.

Bintang Menghiasi Langit

Kita dapat melihat bintang bertaburan di langit pada waktu malam.Tahukah anda,apakah sebenarnya bintang?

Sejak dahulu manusia menggunakan bintang di langit untuk menentukan kalendar, menentukan arah dan meramalkan masa depan manusia. Dalam masyarakat Melayu pula, bintang dikaitkan dengan kehidupan mereka. Perumpamaan "bagai bulan dipagar bintang" bermaksud kecantikan seseorang bertambah apabila diapit oleh orang yang cantik.Dalam bahasa Melayu bintang juga bermaksud tokoh yang terkenal dalam sesuatu bidang seperti bintang filem dan bintang bola sepak.

Kebanyakan bintang kelihatan seperti titik cahaya yang berwarna perak dan bergemerlapan.Sebenarnya, bintang ialah bebola gas.Bebola ini berkilau, sangat panas, bergelora dan berputar.Gas bintang ini terikat oleh tarikan graviti.

Bintang mendapat tenaganya daripada pembakaran gas yang terdapat pada bintang tersebut. Kandungan gas di dalam sesuatu bintang sangat penting untuk mempengaruhi graviti, suhu,tekanan,ketumpatan dan saiz bintang.

Kebanyakan bintang, sebahagian besarnya terdiri daripada gas hidrogen,gas helium dan sedikit unsur lain.Gas ini sangat mampat dan sangat panas di pusat bintang.Keadaan ini menyebabkan berlakunya satu tindak balas yang dipanggil tindak balas nuklear. Tindak balas ini menghasilkan tenaga yang bergerak ke permukaan bintang lalu menghasilkan cahaya dan haba.

Warna bintang menggambarkan suhu permukaannya. Bintang yang berwarna biru merupakan bintang yang sangat panas.Suhunya dianggarkan sehingga 20 000 darjah celcius. Bintang yang berwarna merah pula merupakan bintang yang kurang panas. Suhunya dianggarkan 3000 darjah celcius. Semakin panas sesuatu bintang , semakin terang pula bintang tersebut.
Janganlah kita bersangka buruk dengan rakan-rakan kerana ianya membawa kepada pergaduhan...

Isnin, Mac 01, 2010

Internet

Internet ialah rangkaian telekomunikasi komputer yang memudahkan pengguna mencapai maklumat dan berkomunikasi antara satu sama lain.Rangkaian ini sangat luas sehingga menjangkau seluruh dunia.
Perkembangan internet turut dirasai di Malaysia.Pada tahun 1995,terdapat 3,000 orang pelanggan internet.Dalam masa setahun sahaja bilangan pengguna internet semakin bertambah,iaitu sebanyak 60,000 orang.
Pada masa ini,pengguna internet telah menjangkau lebih kurang lima juta orang.Peningkatan ini menggambarkan wujudnya kesedaran orang ramai terhadap kepentingan internet.
Pengguna internet berkembang pesat kerana internet membolehkan pengguna berkomunikasi,berurus niaga dan berhibur.Mereka dapat menggunakannya dengan lebih mudah dan cepat.
Melalui internet juga,pengguna boleh mendapatkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan budaya,etika,sosial dan teknologi.
Sesungguhnya,penggunaan internet dapat membantu memudahkan urusan seharian manusia.

pelajar 1rk3

kelas 1rk3 mempunyai 32 pelajar
terdiri daripada 12 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan
mereka mempunyai akal yang normal dan mereka ter diri
daripada pelajar-pelajar yang pintar dan bijak
mereka mendapat keputusan yang baik dalam ujian UPSR
walau pun bilangan mereka agak sedikit,
mereka adalah kelas yang mempunyai pelajar yang amat cerdik
aku berharap mereka akan menjadi
pemimpin negara di masa yang akan datang
itulah harapan aku pada mereka semua
akhir kata



1RK3 IS A GOOD CLASSES

Isnin, Februari 22, 2010

Usaha tangga kejayaan

Kita seharusnya berusaha bersungguh - sungguh dalam semua perkara. Dengan ini,kita perlulah membuat perancangan dalam pelajaran dan apa jua perkara.Sebagai contoh,belajar berkumpulan,selalu bertanya guru tentang apa perkara yang tidak difahami.oleh itu, kita perlulah belajar bersugguh-sungguh.

kasih kepada ibu bapa

Kasih sayang ibu tiada bandingannya jadi hormatilah ibu kerana syurga seorang anak adalah dibawah telapak kaki ibu. Bukan sahaja ibu yang perlu kita hormati malah bapa juga. kita perlu sayangi ibu bapa kita walaupun apa jua keadaan kita samaada kita susah atau senang.

Sekolahku syurgaku

Sekolahku syurgaku merupakan slogan yang amat penting bagi setiap sekolah tak kira sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Sekolah juga merupakan tempat kita menimba ilmu.
Oleh,itu kita haruslah menganggap sekolah banyak berjasa kepada kita kerana ia telah melindungi kita daripada hujan dan panas. Menjaga kebersihan sekolah, menjaga harta benda sekolah dan lain -lain dapat membuat kerja amal jariah.Bukan itu sahaja,kita akan mendapat pahala dan dapat mengharumkan nama sekolah.
Dengan itu,sama -samalah kita menjaga sekolah kita.BYE!!!!.

Tajuk

Karang

Rabu, Februari 17, 2010

Mensyukuri Nikmat Allah

Pada zaman dahulu, ada seorang tua yang sangat rajin mengusahakan kebun kurmanya. Pokok kurmanya hidup subur. Apabila tiba musim buah kurmanya masak, dia akan menyuruh orang-orang miskin memetik hasil kebunya itu. Setelah selesai, dia akan membayar upah yang sepatutnya kepada mereka. Dia juga tidak lupa mengeluarkan zakat kepada orang-orang yang memerlukan bantuan.


Namun begitu, sifat pemurah orang tua tersebut tidak disenangi oleh anaknya Qabir. Qabir mengatakan, jika sifat pemurah itu terus diamalkan mereka tentu akan mati kelaparan. Sikap Qabir itu ditentang pula oleh adiknya Qadir. Qadir mengatakan bahawa semua harta benda didunia ini adalah milik Allah S.W.T. Kita cuma diamanahkan untuk menjaganya sahaja.


Melihat pertengkaran antara kedua-dua anaknya, orang tua tersebut mula memberi nasihat.


"Wahai anak-anakku! Bila aku mati nanti, kebun itu akan menjadi hak kamu berdua. Jagalah nikmat Allah itu dengan sebaiknya. Tetapi, jika kamu bakhil maka Allah akan menarik balik nikmat itu sekaligus," kata orang tua itu.


Dengan takdir Allah, orang tua itu meninggal dunia juga akhirnya. Hartanya dibahagikan kepada anak-anaknya untuk diusahakan. Hasil kebun semakin bertambah. Oleh itu timbullah perasaan tamak haloba dihati Qabir. Qabir merancang untuk memetik hasil kebunnya pada awal pagi setiap hari. Dia yakin tentu fakir miskin tidak akan datang meminta pekerjaan.


Tetapi, Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Malam itu turunlah bencana besar yang membakar hangus semua kebun kurma mereka. Alangkah terkejutnya Qabir keesokan harinya melihat keadaan kebun kurmanya itu.


"Semalam kebun itu subur menghijau. Bagaimana ini boleh terjadi?" kata Qabir kepada adiknya.


"Bukankah ayah sudah berpesan, hendaklah kita mensyukuri nikmat Allah dan tidak bersifat tamak haloba. Mungkin inilah balasan Allah terhadap kita," jawab adiknya Qadir pula.


Lalu timbullah rasa insaf di hati Qabir. Dia segera memohon ampun dan bertaubat kepada Allah S.W.T.








Moral:Kita janganlah bersikap tamak haloba kerana apa yang kita miliki di dunia ini tidak kekal selama-lamanya. Bak kata pepatah "Orang yang tamak, selalu rugi". Jadikanlah cerita ini sebagai teladan dan pengajaran untuk kita semua.

Ahad, Februari 07, 2010

MEL ELEKTRONIK (ELECTRONIC MAIL (E-MAIL))

E-mel merupakan aplikasi yang memungkinkan para pengguna internet untuk saling berhubung melalui alamat elektronik di internet. Para pengguna e-mel memiliki sebuah kotak surat (mailbox) elektronik yang tersimpan dalam suatu pelayan mel (mailserver). Suatu mailbox memiliki sebuah alamat sebagai pengenal agar dapat berhubungan dengan mailbox lainnya, baik dalam bentuk penerimaan mahupun pengiriman pesan. Pesanan yang diterima akan disimpan dalam mailbox, dan pemilik mailbox boleh membaca kandungannya, menjawab pesan, menghapus atau menyunting dan mengirimkan pesan e-mel.
Layanan e-mel biasanya disatukan dalam dua asas, yaitu e-mel asas client dan e-mel asas web. Bagi pengguna e-mel berasas client, aktiviti dilakukan dengan menggunakan e-mel client, misalnya Eudora atau Outlook Express. Ia menyediakan fungsi-fungsi penyuntingan dan pembacaan e-mel secara offline (tidak tersambung ke internet).

Sebaliknya, bagi pengguna e-mel berasas web, semua aktiviti dilakukan melalui antaramuka laman web. Dengan demikian, talian internet haruslah dalam keadaan dalam talian (online). Alamat e-mel dari ISP (Internet Service Provider) umumnya berasas client, sedangkan e-mel berasas web biasanya disediakan oleh penyelenggara layanan e-mel.

Beberapa pengguna email dapat membentuk kelompok tersendiri yang diwakili oleh sebuah alamat email. Setiap email yang ditujukan ke alamat email kelompok secara automatik dihubungkan ke alamat email seluruh anggotanya. Kelompok ini dikenali sebagai mailing list. Sebuah mailing list didirikan atas dasar minat atau kepentingan dan biasanya dimanfaatkan untuk keperluan perhubungan atau bertukar-tukar pendapat diantara para anggotanya. Salah satu server yang popular adalah Yahoogroups (http://mail.yahoogroups.com/).

Pada mulanya sistem email hanya dapat digunakan untuk mengirim informasi dalam bentuk teks (dikenali sebagai ASCII, American Standard Code for Information Interchange). Pengirimkan data yang berupa berkas non-teks (dikenal sebagai file binary) adalah dengan menggunakan program uuencode untuk mengubah file binary tersebut menjadi file ASCII, kemudian baru dikirimkan melalui e-mail. Di tempat tujuan, proses sebaliknya dilakukan. Berkas ASCII tersebut diubah kembali ke file binary dengan menggunakan program uudecode. Cara ini terlalu kompleks (tidak terintegrasi dengan sistem email).
MIME (Multipurpose Internet Mail Extensions) dicipta untuk mempermudahkan pengiriman file dengan melalui attachment. MIME juga memungkinkan sebuah pesan dikirimkan dalam berbagai variasi jenis huruf, warna, dan grafik. Walaupun nampak menarik, penggunaan MIME akan membesarkan saiz file pesanan email yang dikirimkan. Ini akan memperlambatkan proses pengiriman maupun menerimaan pesan.
Related Posts with Thumbnails

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign