SMKBT2's Fan Box

SMKBT2 on Facebook

Isnin, Mac 01, 2010

Internet

Internet ialah rangkaian telekomunikasi komputer yang memudahkan pengguna mencapai maklumat dan berkomunikasi antara satu sama lain.Rangkaian ini sangat luas sehingga menjangkau seluruh dunia.
Perkembangan internet turut dirasai di Malaysia.Pada tahun 1995,terdapat 3,000 orang pelanggan internet.Dalam masa setahun sahaja bilangan pengguna internet semakin bertambah,iaitu sebanyak 60,000 orang.
Pada masa ini,pengguna internet telah menjangkau lebih kurang lima juta orang.Peningkatan ini menggambarkan wujudnya kesedaran orang ramai terhadap kepentingan internet.
Pengguna internet berkembang pesat kerana internet membolehkan pengguna berkomunikasi,berurus niaga dan berhibur.Mereka dapat menggunakannya dengan lebih mudah dan cepat.
Melalui internet juga,pengguna boleh mendapatkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan budaya,etika,sosial dan teknologi.
Sesungguhnya,penggunaan internet dapat membantu memudahkan urusan seharian manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign